Friday, July 31, 2015

TUGASAN KE EMPAT : BLOG

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KAMPUS KUALA LUMPUR

NAMA: NOR AZMA ABDULL AZIZ

NO MATRIK : 234654

KOD KURSUS : STID 1013 APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN

Resepi : Kek Red Velvet

Red Velvet


Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder
1 1/3 cawan vegetable oil
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda

Cara-cara:

Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.

Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.


Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.

Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.

Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).


resepi lain korang boleh tgk dekat sini yer...

http://daridapur.com/resepi-kek-red-velvet-kukus-step-by-step/

Resepi : Sandwich Cheese Melelehhhh

Apa khabar semua? 

Dalam ke”busy”an kita dah nak hujung tahun ni, sarapan kita jangan remehkan. Sebab sarapan ni sangat penting untuk memulakan hari dengan penuh bertenaga. Hari ini Ummi nak kongsi resepi sangat mudah tapi lazat, sesuai dibuat sarapan atau minum petang.

Resepi Pan-Toasted Cheese Sandwich, ecewah! Nama glemer mak aih, tapi resepi simple lah sangat2! Hehehe. Sebelum share resepi sandwich ala omputih ni, jom usha gambar dulu



Resepi Pan-Toasted Cheese Sandwich

Bahan-bahan
:
·                  2 keping roti
·                  1 keping cheese
·                  Sedikit margerin
·                  Banyak sikit mayonnaise


Cara-cara:
1.         Ambil dua keping roti dari plastic rott, sapu margerin secukupnya pada kedua-dua belah luar roti.
2.         Letak cheese ditengah-tengah roti (bahagian tiada margerin) dan sapu mayonnaise di atasnya.
3.         Tutup semula roti dan bakar di atas pemanggang ajaib atau pan biasa api sederhana tinggi. Terbalikkan roti sehingga rangup kedua-dua belah roti.
4.         Sedia dinikmati! Sangat sedap dimakan suam (hati-hati kalau masih panas, cheese boleh membakar lidah).


Haa, siap sudah satu juadah sarapan pagi. Tapi kalau rasa dua keping roti tak cukup, silalah tambah lagi ok! Jap jap, perhatian untuk mereka yang nak turunkan berat badan, sandwich ini makan sekali sekala boleh lah sebab kalori tinggi! Haha.

Ummi bakar roti pakai pemanggang ajaib sebab boleh muat dua set sandwich sekali bakar. Kalau pakai sandwich toaster yang akan membentuk sandwich tiga segi tu pun ok, lagi senang!

Resepi ini sesuai untuk dibuat “cooking class” untuk budak-budak tadika macam anak Ummi yang sulung (selain French toast).

Opss. Anak-anak dah bangun! Masa untuk siapkan sarapan untuk mereka!
Selamat mencuba!!

resepi lain korang leh tgk 

Resepi : Spaghetti Cabonarra

Assalamualaikum wbt.

Entry kedua malam ni. Apa lagi. Pasal makan la. Bibik kan. Sebab ada yang minta resepi. Terliur ye tengok gambar yang saya tunjuk kat FB. hihi. Tak pa. Lepas baca entry ni, terus start enjin pergi cari bahan nak masak. Ataupun parking kereta kat mana-mana kedai yang ada hidangkan Spaghetti Carbonara Paling Sedap di Dunia. Saya yakin yang sedap itu datangnya dari dapur rumah kita dan terhasil dari kesungguhan dan kasih sayang kita untu memberikan yang terbaik untuk keluarga. Apa lagi, pilihan di tangan anda. Eceh, sempat lagi jadi pakar motivasi ye.

Ok. Apa kata luangkan masa membaca asal usul spaghetti ni. Saja je nak share ilmu dengan korang. Dapat jugak pahala percuma. Ngeee.

Pasta alla carbonara ( biasa dibuat dari fettuccine, rigatoni atau bucatini. Ni semua jenis pasta. ) adalah hidangan pasta dari Itali berasaskan telur, pecorino romano ( cheese parmesen la. Sumpah nama terlebih glamer), guanciale ( HARAM. Jangan sesekali galak nak makan. Itu adalah B**I) dan lada hitam. Empat bahan ini adalah asas dalam masakan ni.

Ok. Yang lain adalah resepi yang saya main campak-campak dengan penuh kasih sayang. Mengikut resepi saya sendiri. Hehe.










Spaghetti Carbonara - Hidangan untuk 5 Orang

Bahan-Bahan :

500 gram spaghetti
3 sudu besar minyak zaitun atau minyak masak
1 biji bawang besar didadu
3 biji bawang putih dihancurkan
1 peket sosej ayam dipotong ikut suka hati
Isi ayam di potong kecil
3 biji telur
200 ml double cream
100 gram keju Parmesen yang diparut
Daun Parsley sebagai hiasan
Hirisan cili padi sebagai penambah rasa

Cara-cara :

Rebuskan spaghetti di dalam air panas yang dicampur dengan minyak dan garam sehingga empuk.

Tumis bawang besar dan putih sehingga garing. Masukkan isi ayam dan sosej. Biarkan sehingga masak dan kekuningan.

Pukul telur sehingga sebati. Campurkan cream, parmesen dan masukkan sekali serbuk lada hitam. Kacau.

Tuangkan ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana perlahan.

Apabila mereka semua dah sehati sejiwa di dalam kuali. Jangan masak sampai kuah kering. Biarkan sedikt basah. Tutup api.

Hidangkan dengan taburan parsley, lada hitam dan lebihan keju parmesen.

Untuk rasa yang lebih sedap. Bakar spaghetti di dalam oven selama 4 minit. Supaya keju tadi cair sekejap. Mantap..!

Sedap dimakan ketika masih panas.


Komen

1. Kalau korang jumpa sos carbonara yang segera. Lagi senang. Cuma tuang saja. Contohnya seperti di atas.

2. Anda boleh mewahkan spaghetti ni dengan udang atau sotong. Bagi saya sosej dan isi ayam dah cukup. Pastikan benar-benar cukup. Kalau tak jadi macam saya. Isi habis. Spaghetti tak. Huhu. Ayamas ada banyak pilihan sosej. Duit di tangan anda. Hihi.

3. Lagi berkhasiat kalau dimasukkan sayur. Senang cerita sayur campur la kan. Kalau korang kayo. Beli la brokoli. Takde sayur pun takde masalah. Kompem sedap. Ceh, angkat bakul sendiri.

4. Semasa menuang spaghetti. Jangan tuang semua sekali gus. Tuang sedikit demi sedikit. Agak-agak dah cukup. Tak payah bubuh yang selebihnya. Jangan jadi macam saya. Tuang sekali semua. Konon cukup. Sekali lebih. Hahaha. Kureng sikit kebasahannya.

5. Nak kena dengan selera Malaysia. Letakkan hirisan cili padi. Perghh, gerenti lagi laju suapan korang. Erk, bagi yang suka pedas la kan.

Ehm. Tu je la. Rasanya resepi ni mudah. Cumanya bahan dia yang MAHAL.

Selamat Mencuba.

Wassalam.




lain-lain resepi korang cer klik sini

Resepi : Mee Kari

Resepi Mee Kari yang memang sangat sedap dan dimasak menggunakan air rebusan udang. Boleh dikatakan penyediaan mee kari ni agak remeh sebab bahannya memang banyak, termasuk bahan untuk hiasan atau taburan dia atas hidangan, tapi itulah yang menariknya tentang mee kari. Bagi saya kombinasi seafood iaitu kerang dan udang juga sememangnya menambah lebih perisa untuk kuah kari. Selalu orang hidangkan mee kari pada hari-hari istimewa, jadi walaupun agak remeh tapi berbaloi. Jom layan.


Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan : 8 orang

Bahan-Bahan:

·        1 kg mee kuning
·        500 gram ayam, potong kecil
·        1 kg kerang, rebus dan ambil isi
·        300 gram udang, buang kulit
·        2 cawan air rebusan dari kulit udang yg dibuang
·        10-15 biji bebola ikan (fish ball)
·        3 keping kek ikan (fish cake)
·        4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
·        2 keping asam gelugor
·        1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus
·        2 cawan santan pekat
·        2 cawan santan cair
·        (boleh digantikan dengan santan kotak)
Bahan untuk rempah tumis:
·        1 batang kayu manis
·        3 kuntum bunga lawang
·        3 kuntum cengkih
·        5 biji buah pelaga
·        2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
·        6 biji bawang merah
·        4 ulas bawang putih
·        1 inci halia
·        1 inci lengkuas
·        1 batang serai, hiris nipis
·        10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
·        2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut.
Bahan untuk hiasan:
·        4 biji telur rebus, potong dua


·        2 tangkai sawi, potong dan rebus
·        bawang goreng
·        limau kasturi, potong dua
·        taugeh
·        daun bawang
·        cili merah
·        tauhu kering goreng
·        *saya rebus udang dan letak sebagai hiasan istimewa

Cara Penyediaan:

1.   Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
2.   Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
3.   Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
4.   Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
5.   Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.   Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.


Tips:
1.Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam. 2.Boleh juga gunakan santan kotak (1 kotak) dan campurkan sedikit air untuk kuah.



cerrr klik nak tengok resepi lain jugak....



Resepi : Rendang Ayam Utara

Resipi Rendang Ayam, sedap dimakan bersama nasi lemak untuk sarapan pagi. Di sebelah utara atau juga di sesetengah kawasan lain, rendang ayam juga dimakan bersama pulut kuning, iaitu pulut yang dikukus dan digaulkan bersama santan. Memang sedap, bagi sesiapa yang belum pernah makan pulut kuning bersama rendang, harus mencuba. Ada beberapa cara untuk memasak rendang, cara yang pertama menggunakan kaedah tumis bahan kisar di dalam minyak dan cara yg kedua pula tidak menggunakan minyak tetapi dimasak dia dalam santan yang pekat sehingga pecah minyak. Resepi di bawah adalah menggunakan kaedah yang pertama.

Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 30 Minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 6

Bahan-Bahan:

Bahan untuk di kisar
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
2 cm kunyit hidip
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 batang serai, hiris nipis
10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
Bahan-bahan berkaitan lain
1 kg ayam, potong ikut selera anda
3 sudu besar kerisik
2 senduk minyak, untuk menumis
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar
2 keping asam keping
2 sudu besar sos tiram
Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak:

Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dari kuali dan asingkan.
Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.
Masukkan ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika.
Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit.
Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah.

Tips:

Jika anda rasa minyak terlalu banyak tidak mengapa, kerana minyak yang banyak memudahkan proses untuk memasak bahan kisar. Minyak boleh dibuang sedikit apabila kuah rendang sudah dimasak.



resepi lain korang boleh follow...cer klik sini