Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder
1 1/3 cawan vegetable oil
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda
Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan
masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.
Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan
buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu,
kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).
Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan
berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang
telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya
ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2
bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami
hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.
Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian
keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk
sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses
menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias
kek. Cuma langkah ni memang membantu).
Dalam ke”busy”an kita dah nak hujung
tahun ni, sarapan kita jangan remehkan. Sebab sarapan ni sangat penting untuk
memulakan hari dengan penuh bertenaga. Hari ini Ummi nak kongsi resepi sangat
mudah tapi lazat, sesuai dibuat sarapan atau minum petang.
Resepi Pan-Toasted Cheese Sandwich, ecewah! Nama glemer mak aih, tapi resepi
simple lah sangat2! Hehehe. Sebelum share resepi sandwich ala omputih ni, jom
usha gambar dulu
Resepi Pan-Toasted Cheese Sandwich
Bahan-bahan:
·2 keping roti
·1 keping cheese
·Sedikit margerin
·Banyak sikit mayonnaise
Cara-cara:
1.Ambil dua keping roti dari plastic rott, sapu margerin
secukupnya pada kedua-dua belah luar roti.
2.Letak cheese ditengah-tengah roti (bahagian tiada
margerin) dan sapu mayonnaise di atasnya.
3.Tutup semula roti dan bakar di atas pemanggang ajaib
atau pan biasa api sederhana tinggi. Terbalikkan roti sehingga rangup kedua-dua
belah roti.
4.Sedia dinikmati! Sangat sedap dimakan suam (hati-hati
kalau masih panas, cheese boleh membakar lidah).
Haa, siap sudah satu juadah sarapan pagi. Tapi kalau
rasa dua keping roti tak cukup, silalah tambah lagi ok! Jap jap, perhatian
untuk mereka yang nak turunkan berat badan, sandwich ini makan sekali sekala
boleh lah sebab kalori tinggi! Haha.
Ummi bakar roti pakai pemanggang ajaib sebab boleh
muat dua set sandwich sekali bakar. Kalau pakai sandwich toaster yang akan
membentuk sandwich tiga segi tu pun ok, lagi senang!
Resepi ini sesuai untuk dibuat “cooking class” untuk
budak-budak tadika macam anak Ummi yang sulung (selain French toast).
Opss. Anak-anak dah bangun! Masa untuk siapkan sarapan
untuk mereka!
Entry kedua malam ni. Apa lagi.
Pasal makan la. Bibik kan. Sebab ada yang minta resepi. Terliur ye tengok
gambar yang saya tunjuk kat FB. hihi. Tak pa. Lepas baca entry ni, terus start
enjin pergi cari bahan nak masak. Ataupun parking kereta kat mana-mana kedai
yang ada hidangkan Spaghetti Carbonara Paling Sedap di Dunia. Saya yakin yang
sedap itu datangnya dari dapur rumah kita dan terhasil dari kesungguhan dan
kasih sayang kita untu memberikan yang terbaik untuk keluarga. Apa lagi,
pilihan di tangan anda. Eceh, sempat lagi jadi pakar motivasi ye.
Ok. Apa kata luangkan masa membaca asal usul spaghetti ni. Saja je nak share
ilmu dengan korang. Dapat jugak pahala percuma. Ngeee.
Pasta alla carbonara ( biasa
dibuat dari fettuccine, rigatoni atau bucatini. Ni semua jenis pasta. ) adalah
hidangan pasta dari Itali berasaskan telur, pecorino romano ( cheese parmesen
la. Sumpah nama terlebih glamer), guanciale (HARAM. Jangan sesekali galak nak
makan. Itu adalah B**I) dan lada hitam. Empat bahan ini adalah asas dalam
masakan ni.
Ok. Yang lain adalah resepi yang saya main campak-campak dengan penuh kasih
sayang. Mengikut resepi saya sendiri. Hehe.
Spaghetti Carbonara - Hidangan untuk 5 Orang
Bahan-Bahan :
500 gram spaghetti
3 sudu besar minyak zaitun atau minyak masak
1 biji bawang besar didadu
3 biji bawang putih dihancurkan
1 peket sosej ayam dipotong ikut suka hati
Isi ayam di potong kecil
3 biji telur
200 ml double cream
100 gram keju Parmesen yang diparut
Daun Parsley sebagai hiasan
Hirisan cili padi sebagai penambah rasa
Cara-cara :
Rebuskan spaghetti di dalam air panas yang dicampur dengan minyak dan garam
sehingga empuk.
Tumis bawang besar dan putih sehingga garing. Masukkan isi ayam dan sosej.
Biarkan sehingga masak dan kekuningan.
Pukul telur sehingga sebati. Campurkan cream, parmesen dan masukkan sekali
serbuk lada hitam. Kacau.
Tuangkan ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana perlahan.
Apabila mereka semua dah sehati sejiwa di dalam kuali. Jangan masak sampai kuah
kering. Biarkan sedikt basah. Tutup api.
Hidangkan dengan taburan parsley, lada hitam dan lebihan keju parmesen.
Untuk rasa yang lebih sedap. Bakar spaghetti di dalam oven selama 4 minit.
Supaya keju tadi cair sekejap. Mantap..!
Sedap dimakan ketika masih panas.
Komen
1. Kalau korang jumpa sos carbonara yang segera. Lagi senang. Cuma tuang saja.
Contohnya seperti di atas.
2. Anda boleh mewahkan spaghetti nidengan udang atau sotong.
Bagi saya sosej dan isi ayam dah cukup. Pastikan benar-benar cukup. Kalau tak
jadi macam saya. Isi habis. Spaghetti tak. Huhu. Ayamas ada banyak pilihan
sosej. Duit di tangan anda. Hihi.
3. Lagi berkhasiat kalau dimasukkan sayur. Senang cerita sayur campur la kan.
Kalau korang kayo. Beli la brokoli. Takde sayur pun takde masalah. Kompem
sedap. Ceh, angkat bakul sendiri.
4. Semasa menuang spaghetti. Jangan tuang semua sekali gus. Tuang sedikit demi
sedikit. Agak-agak dah cukup. Tak payah bubuh yang selebihnya. Jangan jadi
macam saya. Tuang sekali semua. Konon cukup. Sekali lebih. Hahaha. Kureng sikit
kebasahannya.
5. Nak kena dengan selera Malaysia. Letakkan hirisan cili padi. Perghh, gerenti
lagi laju suapan korang. Erk, bagi yang suka pedas la kan.
Ehm. Tu je la. Rasanya resepi ni mudah. Cumanya bahan dia yang MAHAL.
Resepi Mee
Kari yang memang sangat sedap dan dimasak menggunakan air rebusan udang. Boleh
dikatakan penyediaan mee kari ni agak remeh sebab bahannya memang banyak,
termasuk bahan untuk hiasan atau taburan dia atas hidangan, tapi itulah yang
menariknya tentang mee kari. Bagi saya kombinasi seafood iaitu kerang dan udang
juga sememangnya menambah lebih perisa untuk kuah kari. Selalu orang hidangkan
mee kari pada hari-hari istimewa, jadi walaupun agak remeh tapi berbaloi. Jom
layan.
·4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
·2 keping asam gelugor
·1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek
halus
·2 cawan santan pekat
·2 cawan santan cair
·(boleh digantikan dengan santan kotak)
Bahan untuk rempah tumis:
·1 batang kayu manis
·3 kuntum bunga lawang
·3 kuntum cengkih
·5 biji buah pelaga
·2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
·6 biji bawang merah
·4 ulas bawang putih
·1 inci halia
·1 inci lengkuas
·1 batang serai, hiris nipis
·10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
·2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut.
Bahan untuk hiasan:
·4 biji telur rebus, potong dua
·2 tangkai sawi, potong dan rebus
·bawang goreng
·limau kasturi, potong dua
·taugeh
·daun bawang
·cili merah
·tauhu kering goreng
·*saya rebus udang dan letak sebagai hiasan istimewa
Cara Penyediaan:
1.Panaskan air sehingga mendidih
dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
2.Panaskan minyak, masukkan bahan
rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus
bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah
minyak.
3.Masukkan ayam dan kacau
seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan
cair. Masak kuah sehingga mendidih.
4.Masukkan pula santan pekat,
bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek)
lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
5.Perasakan dengan garam dan gula
secukup rasa.
6.Hidangkankan mee bersama bahan
hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Tips:
1.Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah
sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam. 2.Boleh juga gunakan santan
kotak (1 kotak) dan campurkan sedikit air untuk kuah.
Resipi
Rendang Ayam, sedap dimakan bersama nasi lemak untuk sarapan pagi. Di sebelah
utara atau juga di sesetengah kawasan lain, rendang ayam juga dimakan bersama
pulut kuning, iaitu pulut yang dikukus dan digaulkan bersama santan. Memang
sedap, bagi sesiapa yang belum pernah makan pulut kuning bersama rendang, harus
mencuba. Ada beberapa cara untuk memasak rendang, cara yang pertama menggunakan
kaedah tumis bahan kisar di dalam minyak dan cara yg kedua pula tidak
menggunakan minyak tetapi dimasak dia dalam santan yang pekat sehingga pecah
minyak. Resepi di bawah adalah menggunakan kaedah yang pertama.
Gaulkan
ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dari
kuali dan asingkan.
Dalam
kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.
Masukkan
ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika.
Masukkan
kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk.
Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit.
Pada
ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah
menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah
sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah.
Tips:
Jika
anda rasa minyak terlalu banyak tidak mengapa, kerana minyak yang banyak
memudahkan proses untuk memasak bahan kisar. Minyak boleh dibuang sedikit
apabila kuah rendang sudah dimasak.